| Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sungguh dioja, dipegang ekor. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertampuk bertangkai. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. | Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |