Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbaiki

Peribahasa

Belukar sudah menjadi rimba.

Bermaksud :

Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Besi baik dibajai (= diringgiti).Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belukar sudah menjadi rimba.Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah kapi, putus suai.Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dititik belah, dipalu belah (= datar).Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga.Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali.Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Usang dibarui, lapuk dikajangi.Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas