Lalu hangus, surut layu. | Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muda diajun, kikir diperbuat. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digantungkan tinggi, digalikan dalam. | Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tahu peria pahit. | Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanam lalang tak akan tumbuh padi. | Kejahatan yang diperbuat, kejahatan pula balasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hendak menepung tiada berberas. | Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut mengikut jalan tak beretas. | Takut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit). | Tanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kayu jenjang dikeping. | Dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun diperbuat untuk mengatasinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |