Menating minyak penuh. | Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditating bagai minyak penuh. | Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tekukur mengikut kata. | Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |