| Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga dipersunting akhirnya akan layu. | Sesuatu yang dipakai itu akan buruk kesudahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |