| Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan. | Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Benang arang orang jangan dipijak. | Jangan mencabuli rumah tangga orang. benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. | Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. | Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |