Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipuji

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Bermaksud :

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji.Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harum semerbak mengandung mala.Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjilat air liur (= ludah).Yang sudah dicela dipuji kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bajak wangkang makan diangkat.Orang yang gemar dipuji. bajak = perompak; wangkang = perahu besar; bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah arang-arang, hendak minyak pula.Dulu dikeji, sekarang dipuji. (Bandingkan dengan: Sudah diludah dijilat kembali [= balik]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur.Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua.Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas