Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipukul

Puisi
 

Sayang Simanggang dipukul ribut,
     Dipukul dia tebing seberang;
Dulu dilihat dapat direbut,
     Sekarang abang kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.Keadaan yang serba salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Punggung dipukul, gigi habis tanggal.Lain yang disindir, lain yang merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu).Geliang-geliut kerana kesakitan. cengkeling = berbelit-belit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.Orang dagang yang melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit.Keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Degar-degar merapati.Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas