| Mengenalkan diri bagai pisang lebat. | Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menganjungkan diri bagai sepasin. | Meninggikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memagar diri bagai aur. | Hanya memikirkan diri sendiri saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merekahkan diri bak buah delima. | Membukakan rahsia diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pelita: membakar diri menerangkan orang. | Mengorbankan diri untuk kesenangan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak anjing tersepit. | Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis akal baru tawakal. | Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang. | Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal. | Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. | Menghadapi musuh yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |