Pandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal. | Hanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembangkan ketiak amis. | Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melilit dulu kemudian memanjat. | Perbaikilah diri sendiri dulu sebelum melakukan sesuatu usaha yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Parak awak sajalah siangi. | Jagalah diri sendiri atau kaum keluarga saja, jangan dihiraukan hal orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si rabun memimpin si buta. | Diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siput memuji buntut. | Suka memuji diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada sakit makan ubat. | Menyusahkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Campak baju nampak kurap. | Mendedahkan keburukan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |