Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disangka

Puisi
 

Anak kunci dikait anak,
     Di bawah pokok pohon kelapa;
Kecil jangan disangka anak,
     Besar jangan disangka bapa.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Belalang disangka elang.

Bermaksud :

Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang disangka elang.Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan.Menolong orang tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia.Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akik disangka batu.Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bayang-bayang disangka tubuh.Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Amra disangka kedondong.Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk. amra = sebangsa mangga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak.Kelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.Orang yang diam jangan disangka pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas