Jerat semata bunda kandung. | Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Obat jerih pelarai demam. | Anak atau barang yang disayangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. | Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segar dipakai layu dibuang. | Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Raja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah. | Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |