| Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |