Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi dalam kepuk. | Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah bertarah, berdongkol pula. | Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti aur ditarik songsang. | Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tohor-tohor sealahan. | Tiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunggul ditarah, kesat diempelas. | Segala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada buruk yang tak elok. | Tidak ada perselisihan yang tak dapat diselesaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada nasi (= bernasi) di balik kerak. | Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. (Bandingkan dengan: Tidak bernasi di balik kerak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi di ekor alahan. | Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang tajam tumpul, yang bisa tawar. | Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |