Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diam penggali berkarat. | Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Taruh beras dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdua terkunci, bertiga terbuka. | Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. | Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |