Tebu pada awak, peria pada teman. | Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disisih bagai antah. | Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang. | Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku. | Perempuan gemuk yang tidak disukai orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sang genap: ada orang adalah dia. | Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |