Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disuruh

Puisi
 

Anak raja di tepi telaga,
     Disuruh duduk untuk berhibur;
Jikalau ada kasih dan jiwa,
     Tidur berdua tidak berlunjur.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.Patuh menurut perintah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati.Harap-harap percaya tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.Orang yang arif dan rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh.Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh.Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak menyelam beliung.Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya.Orang yang rajin senantiasa disuruh orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas