| Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. | Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi. | Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |