Senteng dibilai, singkat diulas. | Yang kurang ditambah, yang pendek disambung. bilai = ulas, sambung; diulas = disambung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Percakapan sejengkal dibawa sehasta. | Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Singkat diulas, panjang dikerat. | Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |