Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditambat

Puisi
 

Anak lembu ditambat orang,
     Makan padi dalam sawah;
Bawa ilmu padi di ladang,
     Tambah berisi tunduk ke bawah.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ayam ditambat disambar elang,
     padi di tangan tumbuh lalang.

Bermaksud :

Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ditambat tidak bertali.Hidup di luar nikah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang.Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya.Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali.Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gajah putih ditambat.Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanam padi tumbuh lalang, ayam ditambat disambar elang.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam disambar elang.Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas