Ular bukan, ikan pun bukan. | Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika. | Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Secubit tiada dapat menjadi segenggam. | Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebelum ajal berpantang mati. | Tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ini hari orang, besok hari kita. | Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. | Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. | Nasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanduk di kepala tak dapat digelengkan. | Tidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |