| Kata biarlah kota. | Janji hendaklah ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Barang yang dikata, itulah kota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa yang berkata harus berkota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegak berpaling, duduk berkisar. | Janji yang tidak ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk besar tak mengenyang. | Banyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat diisi, janji dilabuh. | Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. | Banyak janji tetapi tidak ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut terdorong, emas padahannya. | Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut terlanjur, emas tentangannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut terlanjur, emas tentangannya. | Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |