Lidahnya masin. | Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rembes dipalit, titik ditampung. | Biar sedikit sekalipun diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah. | Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya. | Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. | Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga. | Buruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki. | Perbuatan yang jahat, kalau dikerjakan tentu diterima akibatnya. lanyau = lumpur; tadung = sandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak. | Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |