Laut ditimba akan kering. | Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan air muara yang ditimba, tetapi sudah disauk dari hulunya. | Perkhabaran yang benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga. | Marah yang tidak sampai membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |