Ditindih yang berat, dililit yang panjang. | Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang rebah ditindih. | Yang sudah miskin bertambah miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. | Terlalu lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih. | Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |