Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.gol] | دوݢول

Definisi : 1. tidak bertanduk (lembu dll), tidak berambut (manusia), botak, tidak berbalung (ayam); 2. = berdogol berbenjol, berbencot; mendogolkan membotakkan (kepala); kedogolan 1. perihal dogol, kebotakan (ke­pala); 2. bp perihal bodoh, kebodohan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.gol] | دوݢول

Definisi : bodoh, tolol, bebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.gol] | دوݢول

Definisi : tidak berambut (bkn manusia); botak; tidak berbalung (bkn ayam); tidak bertanduk (bkn lembu dll). mendogol (mula) menjadi dogol; membotak: Kepalanya ~ oleh sebab penyakit itu. mendogolkan menjadikan (menyebabkan) dogol; membotakkan: Dia ~ kepalanya kerana terlalu banyak kutu. kedogolan keadaan dogol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[do.gol] | دوݢول

Definisi : ; berdogol berbenjol; berbincut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dogol

Peribahasa

Umpama lembu dogol,
     tak boleh menanduk cuma menyondol.

Bermaksud :

Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lembu dogol jangan dibalun.Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol.Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas