Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk I.

Puisi
 

Duduk-duduk menggali lubang,
     Dalam lubang pasang pelita;
Duduk-duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Berdiri sama tinggi,
     duduk sama rendah.

Bermaksud :

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(44)

346

Give a man an inch and he'lll take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi.Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum duduk berlunjur dulu.Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk sehamparan, tegak sepematang.Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak.Selalu bekerja tidak berhenti-henti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas