Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. | Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk sehamparan, tegak sepematang. | Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. | Selalu bekerja tidak berhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang. | Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk di ambung-ambung taji. | Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dengan sukatan. | Orang yang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas. | Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk berkurung siang malam. | Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk berkisar, tegak berpaling. | Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |