Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dunia diadang, saku-saku dijahit.Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berpindah ke balik papan.Meninggal dunia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi.Sesuatu yang mustahil dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.Hidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pasang berturun naik.Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muda diajun, kikir diperbuat.Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas