| Memanjat terkena seruda. | Usaha yang mendapat rintangan. seruda = duri-duri yang dipasang di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Alu pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti antan pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dari lecah, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takut akan lumpur, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duri di hutan siapa pertajam. | Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai duri dalam daging. | Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memperagakan duri sebatang kepada landak. | Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepeti duri sebatang terbuang. | Orang miskin yang tiada diendahkan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tampak duri takkan mengait. | Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |