Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. | Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat durian runtuh. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masak durian, masak manggis. | Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa. | Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak. | Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. | Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti mentimun dengan durian. | Orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa. | Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |