Tak tentu kepala ekornya. | Tak keruan hujung pangkalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. | Yang jahat itu tetap jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti menangkap ular di ekornya. | Mencuba mengalahkan musuh yang cerdik, akhirnya kitalah yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. | Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghendaki pucuk alu. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghendaki urat lesung. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta sisik pada limbat. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta pucuk pada alu. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |