Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®helang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : helang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elang

Puisi
 

Ayam-ayam tersipi-sipi,
     Sambar dek elang tercungap-cungap;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Tidur siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cerdik elang,
     bingung sikikih;
lamun murai terkecoh juga.

Bermaksud :

Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang (= burung pipit).Rezeki seseorang tidak akan dapat direbut oleh yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti elang menyongsong angin.Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang disangka elang.Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam disambar elang.Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang.Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rabuk dengan api.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas