Elok palut pengebat kurang. | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. | Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok buruk dan busuk hanyir. | Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok arak di hari panas. | Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seelok-elok makan peluru meriam. | Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada elok yang tak buruk. | Janganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada elok yang tidak bercacat. | Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga yang harum itu ada juga durinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. | Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |