Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.ba.cang] | امباچڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg sangat kuat baunya), Mangifera foetida; ~ buruk kulit = busuk-busuk ~ prb nampaknya tidak pandai (buruk dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll); berbau bagai ~ prb sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yg tidak baik); bacang, macang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.ba.cang] | امباچڠ

Definisi : bacang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embacang

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menyimpan embacang masak.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Embacang buruk kulit.Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyimpan embacang masak.Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Busuk, busuk embacang.Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah berbau bagai embacang.Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersurih bak sepasin, berjejak bak berkik, berbau bak embacang.Kejahatan yang telah cukup bukti dan keterangannya. surih = garis; berkik = burung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas