Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyimpan embacang masak. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Busuk, busuk embacang. | Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah berbau bagai embacang. | Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersurih bak sepasin, berjejak bak berkik, berbau bak embacang. | Kejahatan yang telah cukup bukti dan keterangannya. surih = garis; berkik = burung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |