| Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti embun di hujung rumput. | Kasih sayang yang lekas hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti embun di atas daun. | Niat yang selalu berubah-ubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Malam berselimut embun, siang bertudung awan. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menelan mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun. | Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siang berpanas, malam berembun. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |