Bagai empedu lekat di hati. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu. | Lahirnya baik, batinnya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buntat hendak jadi gemala. | Tak tahu akan kekurangan dirinya. buntat = batu kapur yang terdapat dalam empedu (hempedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai inai dengan kuku. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kuku dengan isi (= daging). | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar berkilat di dalam berongga. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |