Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu] | امڤو

Definisi : sl 1. tuan; 2. orang yg mahir (ahli) dlm sesuatu (terutama dlm membuat keris); mengempukan memerintah: setelah beberapa lamanya ~ negeri Acheh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu] | امڤو

Definisi : ; ~ jari ibu jari tangan; ~ kaki ibu jari kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu] | امڤو

Definisi : Sr yg empunya, pemilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu] | امڤو

Definisi : 1 gelar kehormatan yg bererti “tuan”. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang (terutama ttg membuat keris). mengempu 1 memberi hormat kpd; menghormati. 2 mengasuh dan membimbing; mendidik. empuan wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empu

Peribahasa

Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.

Bermaksud :

Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berbenak ke empu kaki.Tidak peduli baik atau jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas