Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut; mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empuk

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Bermaksud :

Sangat sukar dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Batu pun empuk, jangankan hati manusia.Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Direbus tak empuk.Sangat sukar dikalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rebus tak empuk.Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rendam tak basah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu direbus masakan empuk.Orang bodoh tak dapat diberi ajaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tahu akan siput empuk.Orang yang terlalu bodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Direndam tak basah.Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendam tak basah.Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas