Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. | Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angguk enggan, geleng ia. | Lain di mulut, lain di hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. | Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dimandikan pagi. | Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kambing dihalau [= diseret ke air]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat hati beratlah tulang. | Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mengangkut batu di bencah. | Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan. bencah = paya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air. | Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kelih mahu tengok. | Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |