| Dimandikan dengan air segeluk. | Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam. | Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. | Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta. | Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju. | Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |