Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengasah parang timah.Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuntut piutang lapuk.Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat.Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memerah kain basah orang.Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memelihara gajah putih.Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi.Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain pendinding miang, wang pendinding malu.Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alim bagai katak di tepi air.Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas