Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedahnya

Peribahasa

Bagai mencencang air.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jangan bersandar di punggur.Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mencencang air.Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai.Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi banir tempat berlindung.Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. ruyung = batang pohon enau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya.Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas