Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.ham] | فهم

Definisi : 1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Angan lalu, faham tertumbuk.Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelingkah bagai antan di lesung.Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seukur berbaur, bertopang bercerai.Kalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun nipah dikatakan daun labu.Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang itu empat gasal, lima genap.Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas