| Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. | Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. | Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekudung limbat, sekudung lintah. | Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pikir (fikir) itu pelita hati. | Fikiran suluh kebenaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Padi selumbung dimakan orang banyak. | Fikiran isteri daripada seorang suami yang beristeri dua tiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal sebagai makan nasi lecek. | Fikiran seperti anak-anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran. | Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Condong ditumpil, lemah dianduh. | Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |