Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikirannya

Peribahasa

Cerdik perempuan meleburkan,
     saudagar muda menghutangkan.

Bermaksud :

Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerbau pembulang tali.Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya. membulang = mengikat tali ke kepala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.Lain orang, lain fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk diberkas.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mengepal pasir kering.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas