Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikirkan

Peribahasa

Pilin telinga saring-saring.

Bermaksud :

Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menganga baru meludah.Fikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pilin telinga saring-saring.Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dijual maka dibeli.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas