Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gading dilarik.Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah.Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga.Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada gading yang tak retak.Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bunga yang harum itu ada juga durinya, b. Tak ada elok yang tidak bercacat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk bersendi gading.Tidak sepadan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas