Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gading dilarik. | Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah. | Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. | Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada gading yang tak retak. | Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bunga yang harum itu ada juga durinya, b. Tak ada elok yang tidak bercacat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tanduk bersendi gading. | Tidak sepadan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama. | Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |